Arif Riduan -Pernah kah terlintas di fikiran korang
nak tau apakah negara paling kecil di dunia ini? Pernah tak korang
bayangkan Negara yang hanya dihuni oleh 3 orang penduduk? haaa.. ini
jawapan nyer iaitu Negara Molossia.
Sebagaimana syarat-syarat berdirinya
sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang Layak
dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walaupun
tidak berdaftar dengan Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun
Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara
fakta.
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...
Selamat datang ke Republik Molossia, republik berdaulat yang terkecil di dunia
Ini tanah setengah hektarberhampiran Dayton, cari mungkin kelihatan
seperti rumah lain di padang pasir AS, tetapi ia adalah fakta negara
Molossia - terkecil republik berdaulat di dunia
Gambar yang kiri itu adalah Post Office negara terkecil dan gambar kanan
pula adalah Matawang negara tersebut menggunakan Poker Chips.
Republik Of Molossia secara geografinya berada di dalam negara Amerika
Syarikat iaitu di Dayton Nevada, ini bermakna negara Molossia
dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat.
Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang diktator yang bernama
Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya dan 3 ekor anjing (
Populasi : 6 ) setelah negara ini diwujudkan sekitar 30 tahun yang
lalu.
Negara Molossian diwujudkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu
sebagai Republik Grand Vuldstein. James Spielman dinobatkan sebagai Raja
James I, dan Kevin Baugh dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Meskipun
Raja James I seorang raja, beliau tidak lagi aktif dalam kerajaan pada
waktu itu.
Untuk Masuk ke negara terkecil ini korang Memerlukan Pasport untuk di sahkan
Kerajaan tanpa campurtangan raja terus dikembangkan oleh Perdana
Menteri. Pada tahun 1980 kerajaan telah berganti dengan nama baru iaitu
Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 bertukar nama sekali lagi
sebagai Kerajaan Zaria. Pemerintahan dijalankan walau tanpa sebiji rumah
untuk ditadbir. Perdana Menteri negara tersebut telah berhijrah ke
Eropah pada tahun yang sama. Selepas kembalinya dari eropah pada tahun
1992, kerajaan di makmurkan dengan pertumbuhan budaya.
sumber : telegraph.co.uk
Tidak ada komentar:
Posting Komentar